Atas alasan inilah, SALINDAH diformulakan. Perumus, Allahyarham Prof Dr Hj Azizan b Hj Ismail melihat kepada keadaan isterinya yang sering berdepan dengan pelbagai masalah ketika mengandung dan melahirkan anak, mula mengkaji secara mendalam tentang proses kehamilan dan kelahiran dari semua aspek dan berusaha menghasilkan satu rencana pemakanan bagi mengurangkan berlakunya komplikasi ketika hamil dan melahirkan anak.
Alhamdulillah, berkat usaha beliau, suatu rencana pemakanan yang bukan sahaja menjaga dan merawat si ibu, malah turut membantu perkembangan tian yang dikandung. Salindah tidak seperti produk-produk lain yang hanya menjaga siibu selepas melahirkan anak kerana SALINDAH mula bertindak seawal kandungan berumur 12 minggu.
InsyaAllah, si ibu akan merasa lebih tenang dan gembira ketika melahirkan generasi yang intelektual ini.
Tahukah Anda ??
- Setiap proses kehamilan memerlukan kira-kira 20 juta sperma per mililiter semen yang sihat - mempunyai bentuk yang sempurna dan bergerak aktif.
- Kebiasaannya, setiap wanita yang subur boleh hamil dalam jangkamasa 36 tahun sahaja (bermula umur 12 hingga 48 tahun) sebelum berlaku menopaus.
- Sperma merupakan faktor penentu jantina bayi kerana ia membawa kromosom X dan Y. Ovum pula hanya membawa kromosom X.
- Jantina anak lelaki akan terjadi apabila kromosom X (isteri) bergabung dengan kromosom Y (suami) dan gabungan kromosom X(isteri) bergabung dengan kromosom X (suami) akan membentuk jantina anak perempuan.
- Pergerakan sperma kromosom Y lebih cergas dan mampu bertahan dalam cecair beralkali tetapi cepat mati. Hayat sperma berkromosom X pula lebih panjang dan tahan dalam cecair berasid tetapi pergerakannya perlahan.
No comments:
Post a Comment