CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, November 28, 2010

RANCANGAN PENJAGAAN KESIHATAN

           Wanita- wanita yang sedang hamil akan mengalami beberapa perubahan pada diri mereka. Membuat persiapan untuk menyambut kelahiran bayi baru tersebut amatlah menarik sekali dan merupakan suatu pengalaman yang penuh nikmat yang akan dapat dialami oleh kedua- dua bakal ibu dan bapa.

           Oleh itu, adalah dinasihatkan kepada anda yang mengambil SALINDAH supaya menjaga kesihatan diri kerana ini akan membantu diri anda dan anak yang dikandung membesar dalam keadaan yang normal dan selamat. Melakukan aktiviti- aktiviti yang sederhana semasa hamil adalah sangat baik. Sebenarnya aktiviti- aktiviti yang sederhana akan dapat membantu memelihara badan anda dan bayi yang dikandung dalam keadaan fizikal yang sangat baik.

            Disamping itu adalah dicadangkan supaya wanita- wanita yang hamil supaya mengikut saranan- saranan berikut :-

1- Ubat-ubatan
          
            Semasa hamil, terutamanya semasa 12 minggu yang pertama, cuba elak dari menggunakan ubat-ubatan yang tidak diketahui khasiat dan kebaikannya. Ambillah ubat- ubatan yang dapat memberi kebaikan dan selamat apabila digunakan.

            Insya Allah, SALINDAH dapat membantu wanita-wanita untuk mengatasi masalah yang dihadapi ketika sedang mengandung, semasa melahirkan bayi dan selepas bersalin.



2- Senaman dan Kerja Ringan

             Melakukan senaman yang sederhana amatlah baik untuk membantu otot-otot dan sendi agar berada dalam keadaan baik. Jika anda bukan seorang ahli sukan, mungkin anda terpaksa memikirkan cara senaman yang baik untuk membolehkan anda berada dalam keadaan yang sihat. Dapatkan panduan dan nasihat doktor untuk anda melakukan senaman.

              Banyak bergerak adalah digalakkan, kerana ini akan melancarkan aliran darah. Jika anda mengalami rasa keletihan anda hendaklah merehatkan badan. Kerja-kerja rumah yang biasa adalah dibenarkan. Jangan memanjat tangga, mengangkat barang yang berat dan mengambil barang dari tempat yang tinggi.

3- Rehat dan Tidur

             Ketika tempoh hamil anda bertambah lanjut, anda dapati diri anda mudah letih. Adalah penting untuk anda mendapat rehat yang cukup dan jauhilah aktiviti berat, terutama sekali dalam bulan yang terakhir. Luangkan  waktu untuk berbaring atau berehat dengan mengangkat kedua kaki setinggi yang mungkin. Mengamalkan tidur pada waktu tengah hari di anggap satu cara yang baik. Cuba tidur selama lapan jam setiap malam.


4- Pakaian

             Anda harus memilih pakaian yang longgar, mudah diubah suai lagi praktikal. Anak baju hendaklah mengampu buah dada dengan baik tanpa mengecut atau meratakan puting buah dada. Bengkung, tali pinggang atau pakaian elastik yang tidak ketat tidak harus pakai. Kasut anda haruslah bertumit rendah, tetapi tidaklah semestinya rata, ini dapat memberikan keselesaan kepada anda.


5- Perjalanan

             Elakkan dari membuat perjalanan jauh terutama semasa awal dan akhir bulan kehamilan. Jika anda terpaksa membuat perjalanan yang jauh adalah baik menaiki kenderaan yang pasti selesa. Jika anda membuat perjalanan dengan kereta, pastikan pemandu dan kesemua pemandu sentiasa memakai tali pinggang keledar, termasuk tali pinggang keledar paha dan tali keledar paha serendah mungkin pada paha anda, di bawah kandungan anda. Anda seharusnya juga merancangkan untuk membawa bayi pulang ke rumah dengan cara yang selamat.

Mengapa tidak boleh mengambil minuman berkaffein ketika mengandung dan melahirkan.

Assalamualaikum...
Sebelum itu, kepada sesiapa yang pernah mengambil produk Salindah mesti tertanya-tanya mengapa mereka tidak boleh mengambil minuman berkaffein. Salah satu sebabnya ialah kaffein dapat membunuh sel-sel darah merah di dalam tubuh dimana sel-sel darah merah ini diperlukan untuk membawa oksigen ke otak dan tubuh yang lain. Apabila kurangnya sel darah merah yang membawa oksigen, pelbagai masalah yg boleh timbul contohnya ; tekanan darah rendah di mana ia boleh menyebabkan berlakunya pertumpahan darah (darah cair), mudah pitam, kerap pening kepala, meloya dll.

InsyaAllah kita akan membincangkan lagi tentang perkara ini di masa yang akan datang.

Sekalung TAHNIAH kepada Era Edar Marketing Sdn. Bhd.

Tahniah diucapkan kepada Era Edar Marketing Sdn. Bhd. di atas penerimaan Anugerah Usahawan Pemasar Tanijaya sempena Hari Peladang, Penternak & Nelayan Kebangsaan / MAHA 2010.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...