CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, July 21, 2012

Qaisara Calendula Creme

Marigold (Calendula Officinalis) terkenal dengan khasiat antioksidan yang boleh membantu mencegah kerosakan kulit hasil daripada tindakan radikal bebas. Sebelum teknik ekstraksi digunakan, bunga marigold digunakan sebagai herba alami, ditumbuk halus dan disapu kepada bahagian luka dalam bentuk kompres. Air rebusan bunga digunakan sebagai cucian luka. Calendula Officinalis mengandungi glikosida flavonol, oligoklikosida triterpena dan saponin yang mewujudkan sifat anti-inflamasi, anti-bakteria, anti-kulat dan bersifat analgesik.

Daun kapal terbang (Eupathorium perfolatum) banyak tumbuh di merata tempat di Malaysia. Bagi orang Kedah, apabila pokok ini berbunga ia menandakan musim kemarau akan tiba, dan pokok ini tumbuh meliar dengan banyaknya kerana benihnya disebarkan oleh angin. Orang Melayu menggunakan daun ini sebagai rebusan untuk merawat dan cucian luka dalam dan juga luka ringan. Parut akan terbentuk jika sel kulit tidak terbentuk dengan baik dan terlalu lama terdedah pada udara menyebabkan kulit menjadi kering. Daun kapal terbang melalui kajian menunjukkan tahap penyembuhan yang cepat dan menghindarkan jangkitan yang menjadikan luka menanah. Garamtisu Biokimia Schuessler (BTS) digunakan untuk mengawal darah, mempercepatkan proses kesembuhan dan membuang toksin akibat kesan jangkitan.

Calendula Creme adalah gabungan ekstrak bunga marigold dan daun kapal terbang dan ditambanh dengan BTS. Krim ini dirumus untuk merawat luka agar terhindar daripada jangkitan kuman dan mengelakkan daripada berlakunya parut pada kulit. Hasil R&D menunjukkan krim ini baik untuk dijadikan sapuan pada luka yang baru, calar-calar terutama kepada pengidap diabetes dan juga melecur akibat terkena api, air panas dan juga panas matahari.

Calendula Creme sangat berkesan merawat luka yang baru, jerawat, calar-calar dan melecur. Calendula Creme boleh disapu kerap pada bahagian jangkitan dan biarkan ia beberapa ketika. Ini adalah untuk merangsang nanah naik ke permukaan kulit seperti masalah bisul, abses dan luka.

Calendula Creme boleh mengurangkan iritasi dan kesan kemerahan disebabkan oleh ekzema dan boleh juga digunakan untuk ekzema cabang paha (sengkela), cekam kuku dan gatal digigit nyamuk atau serangga.

Kandungan :
Air Suling, ekstrak Calendula, Ceto stearyl alcohol, Cetyl Alcohol, eupathorium Perfolatum, BTS, Phenonip, Gliserin dan pewangi.

Thursday, July 19, 2012

Produk baru dalam pasaran

Assalamualaikum w.b.t Lamanya rasa saya tak update blog ni. Lepas ni InsyaAllah saya akan sentiasa update blog ini dengan info2 tentang homeopati. :) Di sini saya nak kongsikan bersama produk terbaru keluaran oleh Kilang kami iaitu kilang Homeopati yang bertaraf GMP yang pertama di Asia Tenggara dan di pasarkan oleh Era Edar Marketing Sdn Bhd dan kami di PPHB PDA SDN BHD. 2 produk kami adalah :
 1) Mangrovia Scar Gel - merawat parut baru @ lama
 2) Calendula Creme - merawat luka, ekzema, cekam kuku
 Ini cuma review ringkas. Saya akan update lebih info tentang produk ni kemudian ya. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian : 04-9199318
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...