CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, September 23, 2011

Nicotinex ( Remedi untuk perokok diluar sana )


Kategori : Homeopati
Isi : 45 Biji
Tempoh Guna : 23 hari Kesesuaian : Khusus bagi mereka yang merokok.
ROKOK
Sedarkah anda bahawa dalam sebatang rokok yang dihisap mengandungi lebih 4000 bahan kimia beracun termasuklah Acetone (peluntur cat), Ammonia (percuci lantai), Cadmium (bateri), Hydrogen Cyanide (racun hukuman mati), Arsenic (racun semut), Methanol (bahan bakar rokok) dan Naphthalens (ubat gegat).
Selain dikaitkan dengan masalah paru-paru dan jantung masalah yang disebabkan oleh rokok tidak boleh dipandang remeh. Mereka yang merokok juga dikaitkan dengan kegagalan sistem reproduktif termasuklah masalah kemandulan. Anak-anak yang bakal dilahirkan juga bakal menghidap penyakit asma dan radang paru-paru. Merokok juga menjejaskan hampir keseluruhan aspek seksual, reproduktif dan kesihatan kanak-kanak.
Bayi yang terdedah dengan asap rokok dikaitkan dengan kematian di tempat tidur (Suddent Infant Death - SID), kelahiran pra matang, dan jangkitan pada sistem pernafasan.
Wanita hamil yang merokok juga berisiko berlakunya keguguran, melahirkan bayi yang kurang berat badan. Pada masa yang sama merokok juga boleh mengakibatkan kecacatan kepada bayi seperti sumbing. Wanita yang sedang menyusu bayi juga tidak digalakkan merokok kerana kuantiti dan kualiti air susu akan terjejas.
TAHUKAH ANDA?
Di antara bahan kimia yang terdapat dalam sebatang rokok ialah:
NIKOTIN- Berbentuk pekat padu, racun yang berbahaya, setitik suntikan berupaya menyebabkan kematian, terdapat di pasaran sebagai racun serangga, meningkatkan tekanan darah dan degupan jantung, boleh menyebabkan ketagihan seperti kokeina, heroin dan morfin.
TAR - Boleh menyebabkan kanser, masalah pernafasan, penyakit yang berkaitan dengan masalah pernafasan. Ko-karsinogen bertindak dengan bahan lain yang boleh menyebabkan kanser.
KARBON MONOKSIDA - Sama dengan asap ekzos kereta, bergabung dengan hemoglobin dalam set darah merah untuk mengurangkan kandungan oksigen yang mengakibatkan perokok sesak nafas. la juga menimbulkan kesulitan ketika berada di tempat tinggi dan boleh
menyebabkan mata sensitif terutama pada waktu malam.
Penyakit yang disebabkan oleh rokok:
Keguguran rambut Kataraks
Kulit berkedut
Pekak
Kanser kulit
Reput gigi
Kanser mulut, lidah & tekak
Emfisema
Osteoporosis
Sakit jantung
Kanser buah dada Ulser perut
Jan kekuningan
Kanser usus
Kanser pangkal rahim Keguguran (wanita) Kemandulan
Kecacatan sperma Psoriasis
Radang salur darah Penyakit Buerger Gangren

Kesan Kegunaan
Produk ini bertindak dengan menghapuskan nikotin (candu) rokok atau menghilangkan kesan daripadanya. Mengurangkan ketagihan bagi mereka yang mahu berhenti merokok. Boleh juga berhenti langsung. Dapat mengurangkan bau busuk pada penghisap rokok.
Lain-lain kegunaan: Tiada
Kemungkinan kesan mudarat ringan :
Akibat tindakannya menghapuskan nikotin ini, kadangkala boleh menimbulkan:
a.        Loya dan Muntah:
Memuntahkan lendir gelap bertali yang mengandungi candu rokok.
b.        Mengantuk
Juga akibat penghapusan nikotin dalam sistem tubuh.
Cara makan:
Dikemam atas lidah 1 tablet 2 kali sehari (pagi dan petang).
Pantang: Kopi & Nescafe.
Cara menyimpan :
Tutup ketat. Tidak perlu simpan dalam peti sejuk. Jangan simpan di tempat berbau kuat.

Alpan

Assalamualaikum
Di sini saya nak ceritakan tentang kebaikan produk Alpan (alternatif kepada panadol)
Kalau sebelum ni kita gunakan panadol untuk sakit yang bermacam, boleh pula untuk mencuba produk ini sebagai pengganti..Insyallah tidak mendatangkan kesan buruk kepada anda...

Kategori : Homeopati
lsi : 30 Tablet
Tempoh Guna : Bergantung kepada kekerapan mengguna.
ALPAN adalah ubat yang dirumus daripada remedi Homeopati untuk mengatasi demam, selesema, sakit kepala dan sakit-sakit lain. ALPAN adalah selamat dan sesuai diambil oleh semua peringkat umur, daripada kanak-kanak hingga dewasa. ALPAN disediakan dalam bentuk tablet yang terasa sedikit manis bagi memudahkan dimakan dengan hanya mengulum atau dikesip hingga cair dalam mulut. ALPAN boleh juga disediakan dalam bentuk larutan (tablet dilarutkan dalam air) dan diberi dengan sudu.
ALPAN amat sesuai dan mujarab mengubati:
1.        Pelbagai demam
2.        Sakit kepala dengan simptom serangan akut
3.        Peringkat awal selesema dengan kedinginan dan seram sejuk
4.        Badan panas tinggi
5.        Batuk-batuk
6.        Kepala berdengap atau berdenyut kuat
7.        Keresahan dan takut-takut
8.        Muka dan kulit merah
9.        Terasa sakit kuat di mana-mana bahagian badan (sehingga membuat kanak-kanak menangis dan menjerit serta mahu didokong)
10.        Timbul ruam merah
11.        Pembengkakan dan keradangan (inflamasi) di mana-mana bahagian badan seperti beguk, bengkakgusi, bengkak payudara(bengkak                susu berserta sakit mendengap, berdenyut, kemerahan)
12.        Bengkak sendi jenis reumatisme
13.        Meredakan sakit gigi
14.        Sakit mata (konjunktivitis)
15.        Sakit kepala kerana terdedah kepada cahaya matahari.
Sesuai juga waktu anak sedang tumbuh gigi, dengan sifat suka meragam, menangis, merengek, mahu dibelai dan didokong (jika diletak akan menangis), najis kehijauan. Bagus juga untuk gangguan penyakit kuning (jaundis) pada bayi baru lahir.
Pada peringkat mental, ALPAN sesuai juga untuk masalah racauan (delirium), resah gelisah, takut, cemas, bimbang, panik, amat terganggu oleh bising, bengkeng dan pemarah.
Berguna juga dalam kes-kes kecemasan seperti tercelur, terkena api, terbakar di bahang matahari (sunburn).
Ada yang menganggap ALPAN sebagai remedi seribu guna, kerana kemanfaatan untuk pelbagai jenis sakit.
Masyarakat sudah biasa dengan pelbagai sediaan berasaskan Paracetamol sebagai ubat demam dan sakit-sakit. Biarpun berkesan namun is membawa bahaya yang kita tidak sedari, iaitu kesan sampingan atau kesan mudarat ubat (adverse drug reaction). Menu rut kajian di Singapura antara kesan sampingan Paracetamol iaitu penyakit kuning, gangguan hati (hepar), dan masalah jantung (fatal myocardial necrosis). Sekarang sudah ada ALPAN, satu-satunya sediaan Homeopati, sebagai alternatif kepada ubat tersebut.
 
Cara Makan:
Dikemam 1 tablet jika akut setiap 1 jam 3 kali. Jika kronik makan 3 kali sehari. Berhenti bila terasa lega.

Pantang Larang:
Berpantanglah daripada kopi dan sebarang minuman perangsang yang mengandungi kafeina.

Sambutan Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum...
 
Saya wakil kepada syarikat ingin menjemput tuan/puan/saudara/saudari/dato'/datin atau sesiapa sahaja ke majlis sambutan Rumah Terbuka Era Edar Marketing Sdn Bhd sempena Hari Raya Aidilfitri pada :

a) Cawangan Kuala Lumpur
    Pada              : Hari Ahad 25/09/2011 (Jam : 11.30a.m - 4.00p.m)
    Bertempat di : Dewan HAMDA PKKL
                            No. 28, Jalan 3/146, Metro Centre,
                            Bandar Tasik Selatan,
                            57000 Kuala Lumpur,
                            W.P.Kuala Lumpur.
    No. Telefon  : 03-90582002 @ 013-3992737
    (Berdekatan dengan Shell Bdr. Tasik Selatan dan di belakang bangunan TEKUN)
 
b) Ibu Pejabat Era Edar Marketing Sdn Bhd, Jitra, Kedah
    Pada              : Hari Isnin 26/09/2011 (Jam : 11.30a.m - 4.00p.m)
    Bertempat di : Era Edar Marketing Sdn Bhd
                            Lot 4 & 6, Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah
    No. Telefon  : 04 - 9199044
    (Berdepan dengan Taman Siswa)
 
Jemput ramai2 memeriahkan majlis ni nanti ya... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...