CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, March 2, 2013

Qaisara Mangrovia Scar Gel dan Qaisara Calendula Creme

Assalamualaikum dan selamat petang semua.... Sangat lama saya tak sempat nk update blog ni...terlalu sibuk dengan dunia kerja dan pelajar serta ibu dalam masa yang sama membataskan saya untuk update blog ni...huhuhuhuhu....:( So, sekarang ni saya nk upload gambar tentang dua produk yang bagus ni Insyaallah. Insyaallah ada kesannya. Cepat atau lambat bergantung kepada penggunaan kita samada kerap atau pun tak. Nanti nk update testimonial pulak. Sesiapa yang berminat, nak order dua produk ni mahupun lain2 produk boleh isi borang kt blog ni ya. Saya akan hubungi anda melalui email ya.

Saturday, July 21, 2012

Qaisara Calendula Creme

Marigold (Calendula Officinalis) terkenal dengan khasiat antioksidan yang boleh membantu mencegah kerosakan kulit hasil daripada tindakan radikal bebas. Sebelum teknik ekstraksi digunakan, bunga marigold digunakan sebagai herba alami, ditumbuk halus dan disapu kepada bahagian luka dalam bentuk kompres. Air rebusan bunga digunakan sebagai cucian luka. Calendula Officinalis mengandungi glikosida flavonol, oligoklikosida triterpena dan saponin yang mewujudkan sifat anti-inflamasi, anti-bakteria, anti-kulat dan bersifat analgesik.

Daun kapal terbang (Eupathorium perfolatum) banyak tumbuh di merata tempat di Malaysia. Bagi orang Kedah, apabila pokok ini berbunga ia menandakan musim kemarau akan tiba, dan pokok ini tumbuh meliar dengan banyaknya kerana benihnya disebarkan oleh angin. Orang Melayu menggunakan daun ini sebagai rebusan untuk merawat dan cucian luka dalam dan juga luka ringan. Parut akan terbentuk jika sel kulit tidak terbentuk dengan baik dan terlalu lama terdedah pada udara menyebabkan kulit menjadi kering. Daun kapal terbang melalui kajian menunjukkan tahap penyembuhan yang cepat dan menghindarkan jangkitan yang menjadikan luka menanah. Garamtisu Biokimia Schuessler (BTS) digunakan untuk mengawal darah, mempercepatkan proses kesembuhan dan membuang toksin akibat kesan jangkitan.

Calendula Creme adalah gabungan ekstrak bunga marigold dan daun kapal terbang dan ditambanh dengan BTS. Krim ini dirumus untuk merawat luka agar terhindar daripada jangkitan kuman dan mengelakkan daripada berlakunya parut pada kulit. Hasil R&D menunjukkan krim ini baik untuk dijadikan sapuan pada luka yang baru, calar-calar terutama kepada pengidap diabetes dan juga melecur akibat terkena api, air panas dan juga panas matahari.

Calendula Creme sangat berkesan merawat luka yang baru, jerawat, calar-calar dan melecur. Calendula Creme boleh disapu kerap pada bahagian jangkitan dan biarkan ia beberapa ketika. Ini adalah untuk merangsang nanah naik ke permukaan kulit seperti masalah bisul, abses dan luka.

Calendula Creme boleh mengurangkan iritasi dan kesan kemerahan disebabkan oleh ekzema dan boleh juga digunakan untuk ekzema cabang paha (sengkela), cekam kuku dan gatal digigit nyamuk atau serangga.

Kandungan :
Air Suling, ekstrak Calendula, Ceto stearyl alcohol, Cetyl Alcohol, eupathorium Perfolatum, BTS, Phenonip, Gliserin dan pewangi.

Thursday, July 19, 2012

Produk baru dalam pasaran

Assalamualaikum w.b.t Lamanya rasa saya tak update blog ni. Lepas ni InsyaAllah saya akan sentiasa update blog ini dengan info2 tentang homeopati. :) Di sini saya nak kongsikan bersama produk terbaru keluaran oleh Kilang kami iaitu kilang Homeopati yang bertaraf GMP yang pertama di Asia Tenggara dan di pasarkan oleh Era Edar Marketing Sdn Bhd dan kami di PPHB PDA SDN BHD. 2 produk kami adalah :
 1) Mangrovia Scar Gel - merawat parut baru @ lama
 2) Calendula Creme - merawat luka, ekzema, cekam kuku
 Ini cuma review ringkas. Saya akan update lebih info tentang produk ni kemudian ya. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian : 04-9199318

Wednesday, November 30, 2011

Pemberitahuan

Assalamualaikum...
Saya nk buat pemberitahuan di sini bahawa borang utk pesanan barang@produk, ada masalah sedikit. jadi, jika ingin membuat pesanan atau pertanyaan, boleh sms saya di talian : 0194884737 atau melalui email saya : Ieja_dina@yahoo.com...Maaf di atas kesulitan ini..tq..

Tuesday, November 8, 2011

Senarai Outlet di bawah PPHB PDA SDN BHD

Assalamualaikum....di sini, saya senaraikan outlet yg didaftarkan di bawah PPHB PDA Sdn Bhd dahulu...kemudian baru saya uploadkan senarai outlet era edar marketing sdn bhd yg berdaftar secara sah di seluruh malaysia.

Langkawi :

1) Pn Suhana bt Puteh
Kawasan : Kedawang - 017-5073641

2) Dr Wan Mohd Shah
Kawasan : Taman Berlian (Klinik Alsyafi)
No Tel : 012-5781716
: 049666181
Dibuka setiap hari dari jam 10.00 pg sehingga 10 mlm kecuali hari khamis ( tutup 7:15 ptg )

Changloon, Kedah :

3) Pn Hilmiyati bt Salleh
Kawasan : Changloon (HB Pharmacy)
No Tel : 019-5100707

Insyaallah, anda boleh dapatkan produk Era Edar Marketing Sdn Bhd di tempat2 yg disenaraikan. Lebih baik telefon untuk pastikan stok masih ada ditangan ya...:)

Friday, September 23, 2011

Nicotinex ( Remedi untuk perokok diluar sana )


Kategori : Homeopati
Isi : 45 Biji
Tempoh Guna : 23 hari Kesesuaian : Khusus bagi mereka yang merokok.
ROKOK
Sedarkah anda bahawa dalam sebatang rokok yang dihisap mengandungi lebih 4000 bahan kimia beracun termasuklah Acetone (peluntur cat), Ammonia (percuci lantai), Cadmium (bateri), Hydrogen Cyanide (racun hukuman mati), Arsenic (racun semut), Methanol (bahan bakar rokok) dan Naphthalens (ubat gegat).
Selain dikaitkan dengan masalah paru-paru dan jantung masalah yang disebabkan oleh rokok tidak boleh dipandang remeh. Mereka yang merokok juga dikaitkan dengan kegagalan sistem reproduktif termasuklah masalah kemandulan. Anak-anak yang bakal dilahirkan juga bakal menghidap penyakit asma dan radang paru-paru. Merokok juga menjejaskan hampir keseluruhan aspek seksual, reproduktif dan kesihatan kanak-kanak.
Bayi yang terdedah dengan asap rokok dikaitkan dengan kematian di tempat tidur (Suddent Infant Death - SID), kelahiran pra matang, dan jangkitan pada sistem pernafasan.
Wanita hamil yang merokok juga berisiko berlakunya keguguran, melahirkan bayi yang kurang berat badan. Pada masa yang sama merokok juga boleh mengakibatkan kecacatan kepada bayi seperti sumbing. Wanita yang sedang menyusu bayi juga tidak digalakkan merokok kerana kuantiti dan kualiti air susu akan terjejas.
TAHUKAH ANDA?
Di antara bahan kimia yang terdapat dalam sebatang rokok ialah:
NIKOTIN- Berbentuk pekat padu, racun yang berbahaya, setitik suntikan berupaya menyebabkan kematian, terdapat di pasaran sebagai racun serangga, meningkatkan tekanan darah dan degupan jantung, boleh menyebabkan ketagihan seperti kokeina, heroin dan morfin.
TAR - Boleh menyebabkan kanser, masalah pernafasan, penyakit yang berkaitan dengan masalah pernafasan. Ko-karsinogen bertindak dengan bahan lain yang boleh menyebabkan kanser.
KARBON MONOKSIDA - Sama dengan asap ekzos kereta, bergabung dengan hemoglobin dalam set darah merah untuk mengurangkan kandungan oksigen yang mengakibatkan perokok sesak nafas. la juga menimbulkan kesulitan ketika berada di tempat tinggi dan boleh
menyebabkan mata sensitif terutama pada waktu malam.
Penyakit yang disebabkan oleh rokok:
Keguguran rambut Kataraks
Kulit berkedut
Pekak
Kanser kulit
Reput gigi
Kanser mulut, lidah & tekak
Emfisema
Osteoporosis
Sakit jantung
Kanser buah dada Ulser perut
Jan kekuningan
Kanser usus
Kanser pangkal rahim Keguguran (wanita) Kemandulan
Kecacatan sperma Psoriasis
Radang salur darah Penyakit Buerger Gangren

Kesan Kegunaan
Produk ini bertindak dengan menghapuskan nikotin (candu) rokok atau menghilangkan kesan daripadanya. Mengurangkan ketagihan bagi mereka yang mahu berhenti merokok. Boleh juga berhenti langsung. Dapat mengurangkan bau busuk pada penghisap rokok.
Lain-lain kegunaan: Tiada
Kemungkinan kesan mudarat ringan :
Akibat tindakannya menghapuskan nikotin ini, kadangkala boleh menimbulkan:
a.        Loya dan Muntah:
Memuntahkan lendir gelap bertali yang mengandungi candu rokok.
b.        Mengantuk
Juga akibat penghapusan nikotin dalam sistem tubuh.
Cara makan:
Dikemam atas lidah 1 tablet 2 kali sehari (pagi dan petang).
Pantang: Kopi & Nescafe.
Cara menyimpan :
Tutup ketat. Tidak perlu simpan dalam peti sejuk. Jangan simpan di tempat berbau kuat.

Alpan

Assalamualaikum
Di sini saya nak ceritakan tentang kebaikan produk Alpan (alternatif kepada panadol)
Kalau sebelum ni kita gunakan panadol untuk sakit yang bermacam, boleh pula untuk mencuba produk ini sebagai pengganti..Insyallah tidak mendatangkan kesan buruk kepada anda...

Kategori : Homeopati
lsi : 30 Tablet
Tempoh Guna : Bergantung kepada kekerapan mengguna.
ALPAN adalah ubat yang dirumus daripada remedi Homeopati untuk mengatasi demam, selesema, sakit kepala dan sakit-sakit lain. ALPAN adalah selamat dan sesuai diambil oleh semua peringkat umur, daripada kanak-kanak hingga dewasa. ALPAN disediakan dalam bentuk tablet yang terasa sedikit manis bagi memudahkan dimakan dengan hanya mengulum atau dikesip hingga cair dalam mulut. ALPAN boleh juga disediakan dalam bentuk larutan (tablet dilarutkan dalam air) dan diberi dengan sudu.
ALPAN amat sesuai dan mujarab mengubati:
1.        Pelbagai demam
2.        Sakit kepala dengan simptom serangan akut
3.        Peringkat awal selesema dengan kedinginan dan seram sejuk
4.        Badan panas tinggi
5.        Batuk-batuk
6.        Kepala berdengap atau berdenyut kuat
7.        Keresahan dan takut-takut
8.        Muka dan kulit merah
9.        Terasa sakit kuat di mana-mana bahagian badan (sehingga membuat kanak-kanak menangis dan menjerit serta mahu didokong)
10.        Timbul ruam merah
11.        Pembengkakan dan keradangan (inflamasi) di mana-mana bahagian badan seperti beguk, bengkakgusi, bengkak payudara(bengkak                susu berserta sakit mendengap, berdenyut, kemerahan)
12.        Bengkak sendi jenis reumatisme
13.        Meredakan sakit gigi
14.        Sakit mata (konjunktivitis)
15.        Sakit kepala kerana terdedah kepada cahaya matahari.
Sesuai juga waktu anak sedang tumbuh gigi, dengan sifat suka meragam, menangis, merengek, mahu dibelai dan didokong (jika diletak akan menangis), najis kehijauan. Bagus juga untuk gangguan penyakit kuning (jaundis) pada bayi baru lahir.
Pada peringkat mental, ALPAN sesuai juga untuk masalah racauan (delirium), resah gelisah, takut, cemas, bimbang, panik, amat terganggu oleh bising, bengkeng dan pemarah.
Berguna juga dalam kes-kes kecemasan seperti tercelur, terkena api, terbakar di bahang matahari (sunburn).
Ada yang menganggap ALPAN sebagai remedi seribu guna, kerana kemanfaatan untuk pelbagai jenis sakit.
Masyarakat sudah biasa dengan pelbagai sediaan berasaskan Paracetamol sebagai ubat demam dan sakit-sakit. Biarpun berkesan namun is membawa bahaya yang kita tidak sedari, iaitu kesan sampingan atau kesan mudarat ubat (adverse drug reaction). Menu rut kajian di Singapura antara kesan sampingan Paracetamol iaitu penyakit kuning, gangguan hati (hepar), dan masalah jantung (fatal myocardial necrosis). Sekarang sudah ada ALPAN, satu-satunya sediaan Homeopati, sebagai alternatif kepada ubat tersebut.
 
Cara Makan:
Dikemam 1 tablet jika akut setiap 1 jam 3 kali. Jika kronik makan 3 kali sehari. Berhenti bila terasa lega.

Pantang Larang:
Berpantanglah daripada kopi dan sebarang minuman perangsang yang mengandungi kafeina.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...