CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, September 23, 2011

Nicotinex ( Remedi untuk perokok diluar sana )


Kategori : Homeopati
Isi : 45 Biji
Tempoh Guna : 23 hari Kesesuaian : Khusus bagi mereka yang merokok.
ROKOK
Sedarkah anda bahawa dalam sebatang rokok yang dihisap mengandungi lebih 4000 bahan kimia beracun termasuklah Acetone (peluntur cat), Ammonia (percuci lantai), Cadmium (bateri), Hydrogen Cyanide (racun hukuman mati), Arsenic (racun semut), Methanol (bahan bakar rokok) dan Naphthalens (ubat gegat).
Selain dikaitkan dengan masalah paru-paru dan jantung masalah yang disebabkan oleh rokok tidak boleh dipandang remeh. Mereka yang merokok juga dikaitkan dengan kegagalan sistem reproduktif termasuklah masalah kemandulan. Anak-anak yang bakal dilahirkan juga bakal menghidap penyakit asma dan radang paru-paru. Merokok juga menjejaskan hampir keseluruhan aspek seksual, reproduktif dan kesihatan kanak-kanak.
Bayi yang terdedah dengan asap rokok dikaitkan dengan kematian di tempat tidur (Suddent Infant Death - SID), kelahiran pra matang, dan jangkitan pada sistem pernafasan.
Wanita hamil yang merokok juga berisiko berlakunya keguguran, melahirkan bayi yang kurang berat badan. Pada masa yang sama merokok juga boleh mengakibatkan kecacatan kepada bayi seperti sumbing. Wanita yang sedang menyusu bayi juga tidak digalakkan merokok kerana kuantiti dan kualiti air susu akan terjejas.
TAHUKAH ANDA?
Di antara bahan kimia yang terdapat dalam sebatang rokok ialah:
NIKOTIN- Berbentuk pekat padu, racun yang berbahaya, setitik suntikan berupaya menyebabkan kematian, terdapat di pasaran sebagai racun serangga, meningkatkan tekanan darah dan degupan jantung, boleh menyebabkan ketagihan seperti kokeina, heroin dan morfin.
TAR - Boleh menyebabkan kanser, masalah pernafasan, penyakit yang berkaitan dengan masalah pernafasan. Ko-karsinogen bertindak dengan bahan lain yang boleh menyebabkan kanser.
KARBON MONOKSIDA - Sama dengan asap ekzos kereta, bergabung dengan hemoglobin dalam set darah merah untuk mengurangkan kandungan oksigen yang mengakibatkan perokok sesak nafas. la juga menimbulkan kesulitan ketika berada di tempat tinggi dan boleh
menyebabkan mata sensitif terutama pada waktu malam.
Penyakit yang disebabkan oleh rokok:
Keguguran rambut Kataraks
Kulit berkedut
Pekak
Kanser kulit
Reput gigi
Kanser mulut, lidah & tekak
Emfisema
Osteoporosis
Sakit jantung
Kanser buah dada Ulser perut
Jan kekuningan
Kanser usus
Kanser pangkal rahim Keguguran (wanita) Kemandulan
Kecacatan sperma Psoriasis
Radang salur darah Penyakit Buerger Gangren

Kesan Kegunaan
Produk ini bertindak dengan menghapuskan nikotin (candu) rokok atau menghilangkan kesan daripadanya. Mengurangkan ketagihan bagi mereka yang mahu berhenti merokok. Boleh juga berhenti langsung. Dapat mengurangkan bau busuk pada penghisap rokok.
Lain-lain kegunaan: Tiada
Kemungkinan kesan mudarat ringan :
Akibat tindakannya menghapuskan nikotin ini, kadangkala boleh menimbulkan:
a.        Loya dan Muntah:
Memuntahkan lendir gelap bertali yang mengandungi candu rokok.
b.        Mengantuk
Juga akibat penghapusan nikotin dalam sistem tubuh.
Cara makan:
Dikemam atas lidah 1 tablet 2 kali sehari (pagi dan petang).
Pantang: Kopi & Nescafe.
Cara menyimpan :
Tutup ketat. Tidak perlu simpan dalam peti sejuk. Jangan simpan di tempat berbau kuat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...