CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 10, 2011

Kehamilan & Komplikasi

         Kehamilan adalah merupakan saat yang dinantikan oleh pasangan yang mendirikan rumahtangga. Kehadiran cahaya mata adalah dianggap sebagai penyeri rumahtangga.Melalui program ini akan disingkap rahsia kehamilan dan apa yang dikatakan sebagai detik semasa mengharungi pengalaman indah ini..
         Kehamilan terdiri dari pada 3 peringkat yang utamaiaitu
  • Mengandung/Hamil
  • Persediaan Melahirkan 
  • Dalam Pantang    
      Kehamilan/Mengandung terdapat 3jenis iaitu :-
  • Kandungan Normal
  • Kandungan Luar rahim
  • Kandungan Anggur
       Kehamilan Luar Rahim
  • Kehamilan yang berlaku di saluran falopio adalah merbahaya apabila ia mulai pecah dan merebak di dalam perut.
  • Pendarahan yang banyak boleh membawa maut kepada si ibu.
  • Golongan berisiko ialah mereka yang mengandung kerap dan mandul, pernah menjalani pembedahan ke atas organ peranakan, pembedahan apendik atau usus, pernah mengalami jangkitan kuman pada rahim dan sedang menggunakan IUD.
          Kehamilan Anggur
  • Berlakunya pertumbuhan tisu placenta yang tidak normal dan membentuk seperti sejambak buahanggur.
  • Simptomnya ialah saiz perut ibu agak luar biasa dari sepatutnya.
  • Pesakit juga mudah diserang tekanan darah serta tiroid.
  • Pendarahan berlaku pada akhir trimester yang pertama dan keluar seperti ketulan anggur.
  • Hormon mengandungi hCG juga akan meningkat.
 InsyaAllah next time saya akan berkongsi lebih banyak info tentang kehamilan dan komplikasi ketika mengandung.... Teruskan membaca untuk mendapatkan info. Sebarang pertanyaan, boleh pm saya atau komen di ruangan comment di bawah ya...Tq...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...