CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 10, 2011

Kehamilan & Komplikasi

Assalamualaikum...sebelum ni saya da berkongsi sedikit info tentang jenis-jenis kehamilan. Di sini saya akan kongsikan info mengenai komplikasi-komplikasi dalam proses kehamilan dan kelahiran....
Antara komplikasinya ialah :-
  1. Perubahan Fizikal ketika mengandung
  • Kaki akan terkangkang
  • Payudara akan mengembang
  • Puting akan menjadi gelap
  • Faraj akan mengeluarkan cecair berlebihan daripada biasa
  • 'Joints' boleh menjadi sakit dan keras
  • Kadar perpeluhan meningkat, parut akan membentuk di bahagian abdomen, payudara, peha, punggung
  • Gusi boleh menjadi bengkak dan berdarah dengan senang
  • Tompok coklat akan tumbuh di muka (slalunya kita panggil pigment)
  • Tahi lalat atau tanda lahir akan menjadi lebih gelap
  • Kerap kencing
Mengapa ini berlaku???
  • Rangkaian tisu dan otot tubuh menjadi relaks termasuklah ligamen
  • Rahim dan ligamen membantunya untuk melembut dan mengembang tulang belakang dan cabang paha menjadi anjal untuk persediaan melahirkan.
  • Dinding darah membesar (untuk membawa oksigen dan makanan kepada janin)
  • Cecair di dalam tubuh meningkat kpd 7 liter air dimana separuh di dalam ketuban (amniotic fluid) membolehkan janin terapung di dalam rahim dan selebihnya di bawa oleh darah di dalam tubuh.
  • Jumlah darah meningkat 30%
  • Kandungan zat besi di dalam darah merosot sebanyak 20% disebabkan oleh cecair yang lebih.
  • Hormon untuk membantu perkembangan uri, payudara untuk penyusuan dan melindungi rahim daripada mengecut.
  • Pertambahan darah dalam badan meningkat 6 kali untuk menyejukkan tubuh.
  • Kadar degupan jantung akan meningkat.
Masalah ketika mengandung :-
  • Kombinasi perubahan fizikal, keturunan dan juga stress mengakibatkan :-
  1. sembelit, 
  2. pendarahan, 
  3. krem, 
  4. kerap kencing, 
  5. terkencing tanpa sengaja, 
  6. bengkak, 
  7. buasir, 
  8. stretch mark, 
  9. morning sickness, 
  10. gangguan emosi, 
  11. vericose vein dan lain-lain.
  • Ketika fasa akhir mengandung, janin telah membesar dan akan menolak organ dalaman menjadikan :-
  1. Ruang paru-paru menjadi sempit (payah untuk bernafas)
  2. Ruang perut menjadi kurang
  3. Kalau makan berlebihan akan mengakibatkan perut menjadi panas dan kembung
  • Sebagai orang muslim, mengandung diberi ganjaran pahala umpama syahid, dan wanita haruslah bersabar dan ikhlas menerima dugaan ketika mengandung.
Kita akan membahagikan masalah mengandung dan melahirkan kepada 3 fasa, iaitu :-mengandung, melahirkan dan selepas melahirkan (berpantang).

Insyaallah selepas ini saya akan update lagi info berkenaan kehamilan dan komplikasi...Nantikan info dari saya ya....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...